Jom Mula Tonton Durioo+
Kenapa Durioo+ melancarkan aplikasi yang baru?
Kenapa Durioo+ melancarkan aplikasi yang baru?
Nota: Jawapan ini dari Founder dan CEO Durioo+
Aplikasi lama menggunakan sistem Vimeo.
Kelebihan sistem Vimeo
Vimeo stabil.
Menjadi mudah untuk Durioo+ melancarkan platform video pada permulaan Durioo+. Ini membolehkan team Durioo+ fokus pada konten dahulu.
Banyak fungsi yang sudah sedia ada seperti chromecast dan tontonan di Samsung TV.
Kekurangan sistem Vimeo
Vimeo tidak dibina untuk kanak-kanak. Ramai ibu bapa bagi feedback UIUX tidak mudah untuk anak mereka.
Bug fixes ada kalanya mengambil masa berbulan untuk baiki.
Ia dibina untuk adults, tidak ada features untuk kanak-kanak.
Vimeo tiada perancangan untuk hasilkan aplikasi untuk LG TV dan TV lain.
Kami tidak boleh masukkan fungsi kanak-kanak dan ibu bapa seperti lock timer, filter by age, filter by language, filter by channels, autoplay, AI dan banyak lagi.
Kekurangan sistem Vimeo akan menyebabkan Durioo+ ‘stuck’ dan tidak boleh hasilkan aplikasi dan experience yang lebih baik untuk user. Niat kami adalah untuk menjadi aplikasi yang terbaik untuk anak-anak Muslim - aplikasi yang benar-benar kami ada control dan boleh ubah, tambah baik dan fix bugs sendiri - agar kami betul-betul dapat capai misi Membina Ummah Beriman, Berakhlak dan Berilmu.
Oleh itu, team Durioo+ telah bersetuju untuk hasilkan aplikasi Durioo+ yang baru. Yang dibina in-house. Yang boleh ditambah fungsi-fungsi yang terbaik untuk anak-anak.
Kenapa Durioo+ tergesa-gesa melancarkan aplikasi baru yang tidak sempurna?
Kenapa Durioo+ tergesa-gesa melancarkan aplikasi baru yang tidak sempurna?
Nota: Jawapan ini dari Founder dan CEO Durioo+
Rome wasn’t built in a day.
Dan. Perjuangan Rasulullah s.a.w. menyebarkan Islam juga tidak berjaya dalam masa sehari ataupun setahun. Untuk membuat sesuatu produk atau servis yang berjaya - ia akan mengambil masa. Kesalahan dan kesilapan akan berlaku. Tidak ada bisnes, produk atau servis yang bila dia launch V1 - akan terus terbaik. (Boleh check iPhone 1, Tesla Roadster, Netflix dan banyak lagi). Produk yang bagus akan melalui banyak fasa penambahbaikan dari masa ke semasa. InshaAllah - ini janji kami.
Nasihat YC - Launch Fast, Launch Early.
Siapa YC (Y Combinator). YC adalah startup accelerator no 1 di dunia. Alhamdulillah rezeki Durioo+ diterima masuk YC Winter 2022 (untuk batch kami ada lebih 17,000 submission - yang dapat hanya 400 dan kami salah satu). Antara Startup yang pernah diterima YC adalah Airbnb, Dropbox, Stripe, Reddit, Instacart dan banyak lagi.
Kenapa YC sarankan untuk Launch Fast Launch Early?
Kerana mereka tahu - aplikasi yang baik adalah aplikasi yang bukan dibina dari internal thinking. Pengalaman YC menyatakan aplikasi yang launch fast launch early akan dapat banyak feedback dari users - dan feedback ini yang akan diambil untuk terus perbaiki, tambah features dan terus perbaiki dan terus tambah features sehingga wujudlah satu aplikasi yang user akan sangat suka.
Banyak kes-kes syarikat besar yang buat R&D dan laburkan berjuta-juta ringgit untuk hasilkan satu produk yang internal thinking rasakan adalah terbaik - namun - bila launch - aplikasi tersebut tidak berjaya.
Kami memohon maaf jika aplikasi kami belum sempurna - tetapi kami janji, kami akan usahakan untuk hasilkan aplikasi yang terbaik dan improve setiap hari dan setiap minggu (kecuali masa cuti Hari Raya 🙂). InshaAllah.
Kenapa Durioo+ lancarkan aplikasi yang banyak bugs.
Kenapa Durioo+ lancarkan aplikasi yang banyak bugs.
Ini bukan niat kami. Percayalah. Tiada developer atau syarikat yang nak lancarkan produk yang ada banyak bugs.
Namun, hakikatnya - syarikat yang mempunyai berpuluh dan beratus developer juga hadapi bugs.
Kenapa ya? Kerana aplikasi yang dihasilkan telah dicuba mungkin ke atas 15-20 peranti. Namun, di market ada lebih 2700 Android TV dan Android Box dan lebih 10,000 jenis Android Phone. Sesetengah brand peranti ada hardware dan software yang berbeza yang akan menyebabkan Bugs itu wujud.
Mana- mana Developer akan kata - Bugs akan tetap ada - yang penting kita cepat-cepat selesaikan bugs tersebut. Begitu juga dengan kami di Durioo+, setiap hari kami usahakan untuk fix bugs dan usaha untuk tambah baik aplikasi Durioo+ yang baru ni.
InshaAllah banyak lagi yang akan di tambah baik.
Bolehkah Durioo+ ditonton di TV?
Bolehkah Durioo+ ditonton di TV?
Buat masa sekarang, aplikasi Durioo+ boleh ditonton di
- Android TV (Google Certified), Android Box (Google Certified)
- Apple TV, Google TV dan selected Samsung TV.
- Android Box (Hanya Google Certified seperti Mi Box, UNIFI TV). Anda boleh lihat senarai penuh melalui pautan berikut :
Kenapa Android Box atau Android TV saya tak boleh tonton Durioo+?
Kenapa Android Box atau Android TV saya tak boleh tonton Durioo+?
Android Box seperti Long TV, SVI Cloud 8S dan banyak Android Box yang di beli di Shopee atau Lazada (lebih-lebih lagi yang sudah di-install IPTV percuma) tidak termasuk dalam senarai Google Certified Android Box dan Android TV.
Kami minta maaf atas kekurangan yang berlaku, namun dari pihak kami, kami tidak boleh lakukan apa-apa untuk fix aplikasi kami untuk sesuai dengan Android Box atau Android TV yang tidak Google Certified.
Developer Durioo+ harus mengikut sistem dan prosedur yang telah ditetapkan Google dan Android.
Tapi, Netflix, YouTube dan aplikasi streaming lain boleh guna di Android Box (Long TV) saya. Kenapa Durioo+ tak boleh?
Ada kemungkinan yang besar sama ada Android Box itu telah memasukkan aplikasi penstriman yang lama (yang compatible dengan sistem Android Box tersebut) atau Android Box itu telah di’jailbreak’.
Kenapa dulu saya boleh tengok di Long TV tetapi aplikasi baru tak boleh
Bukan google certified
Aplikasi baru dibina atas infra baru dari Google.
Android Phone, Android Box dan Android TV Saya Sudah Google Certified. Tetapi Masih Ada Error.
Android Phone, Android Box dan Android TV Saya Sudah Google Certified. Tetapi Masih Ada Error.
Sejak launching Aplikasi Durioo+, kami sentiasa Update aplikasi Durioo+ dengan bug fixes, penambahbaikan dan pembaharuan.
Bagaimana cara untuk PASTIKAN anda mendapat latest update?
Sila pastikan anda melakukan kedua-dua CARA A, CARA B dan CARA C.
CARA A
Buka aplikasi Durioo+
Pergi ke Settings ⚙️< Icon gear di bahagian kanan atas aplikasi anda
Pada skrin Settings, klik pada ‘Check for latest update’
Install update yang terkini
Restart aplikasi
CARA B
Anda perlu restart aplikasi Durioo+
Untuk Sesetengah Peranti Android
Tutup aplikasi dan buka balik - dia sudah Restart App
CARA C
Anda perlu restart aplikasi Durioo+
Untuk Sesetengah Peranti Android
Bila tutup TV atau aplikasi (dia sleep sahaja, dia tidak restart)
Anda perlu restart peranti anda untuk pastikan aplikasi Durioo+ juga restart (shut down peranti dan buka balik)
InshaAllah, selepas update restart - anda akan dapat latest update Durioo+ yang sudah ada banyak bug fixes dan pembaharuan.
Jika masalah masih berlaku, minta cuba CARA D
CARA D
Uninstall aplikasi Durioo+
Install kembali aplikasi Durioo+
Jika Android Phone, Android TV atau Android Box anda adalah Google Ceritified dan anda telah cuba semua CARA A,B,C,D di atas dan anda masih menghadapi bugs atau masalah, kami nak minta anda boleh klik link ini untuk submit report kepada team tech kami. Lagi sekali, maaf atas kekurangan yang berlaku.
Cara Tonton Durioo+ pada Telefon Pintar (Smart Phone)
Cara Tonton Durioo+ pada Telefon Pintar (Smart Phone)
Pastikan Sistem Operasi (OS) peranti anda terlebih dahulu.
Tab Android: Minimum Android version 8 atau lebih baru
iPad: Minimum iOS version 13 atau lebih baru. Contoh:
iPhone 6 Plus S, iPhone SE, iPhone 7/7 Plus, iPhone 8/8 Plus, iPhone X dan mana-mana model yang lebih baharu daripada ini.
Kemudian,
1. Download aplikasi Durioo+ melalui Apple App Store atau Google Play Store.
2. Sign in mengunakan e-mel yang didaftarkan, dan masukkan OTP dari email.
3. Anda boleh mula menonton.
Cara Tonton Durioo+ pada Tab / iPad
Cara Tonton Durioo+ pada Tab / iPad
Pastikan Sistem Operasi (OS) peranti anda terlebih dahulu.
Tab Android: Minimum Android version 8 atau lebih baru
iPad: Minimum iOS version 13 atau lebih baru. Contoh:
iPad 5, iPad mini generasi keempat, iPad Air generasi kedua, mana-mana iPad Pro dan mana-mana model yang lebih baharu daripada ini.
Kemudian,
1. Download aplikasi Durioo+ melalui Apple App Store atau Google Play Store.
2. Sign in mengunakan e-mel yang didaftarkan, dan masukkan OTP dari email.
3. Anda boleh mula menonton.
Aplikasi Durioo+ dah ada fungsi 'cast screen' ke?
Aplikasi Durioo+ dah ada fungsi 'cast screen' ke?
Alhamdulillah, team kami sudah menyediakan fungsi 'cast screen' di mobile device seperti smartphone dan tablet yang menggunakan Android atau IOS.
Caranya adalah:
1. Pilih video yang ingin ditonton di smartphone/tablet.
2. Tekan button cast screen di penjuru kanan atas dan sambungkan ke TV anda.
Saya dah langgan tetapi tidak boleh membuka Durioo+ di Samsung TV atau Web.
Saya dah langgan tetapi tidak boleh membuka Durioo+ di Samsung TV atau Web.
Untuk makluman, Durioo+ telah berpindah ke sistem aplikasi baru yang masih belum lagi serasi sepenuhnya dengan sistem Samsung TV dan web.
Kami minta maaf diatas kesulitan yang dihadapi dan berharap sangat anda bersabar dengan perkara ini.
Inshaa-Allah, kami akan usahakan secepat yang kami mampu untuk memastikan device anda sesuai dengan aplikasi baru ini.
Jadi sebagai permulaan, kami menyarankan anda untuk dapatkan Android Box yang Google Certified seperti Mi Box S, Unifi TV Box, dan lain-lain yang tertera di link ini: https://docs.google.com/spreadsheets/u/1/d/1kdnHLt673EjoAJisOal2uIpcmVS2Defbgk1ntWRLY3E/edit#gid=101176429 . Anda juga boleh menggunakan app ini di smartphone ataupun tablet.
Tapi sekiranya langkah penyelesaian ini sukar untuk dijalankan, boleh maklumkan semula kepada kami di Whatsapp untuk kita pertimbangkan solusi yang lain.
Boleh tak Durioo+ watch offline?
Boleh tak Durioo+ watch offline?
Durioo+ boleh ditonton secara offline apabila anda sudah download content yang anda minat. Kesemua video yang sudah anda download boleh ditemukan di bahagian 'Downloaded Videos'.
Bolehkah saya filter Channel atau bahasa yang saya tak nak anak saya tengok?
Bolehkah saya filter Channel atau bahasa yang saya tak nak anak saya tengok?
Buka aplikasi Durioo+
Pergi ke 'Setting'
Tetapkan filter dan bahasa yang anda mahukan
Anda menghadapi masalah teknikal semasa pembelian?
Boleh ke bayar selain menggunakan kad debit/kredit?
Boleh ke bayar selain menggunakan kad debit/kredit?
Untuk langganan melalui website atau affiliate, kami memang hanya menawarkan kaedah pembayaran melalui kad debit atau kad kredit.
Namun sekiranya anda melanggan melalui app yang diinstall dari Play Store/App Store, anda boleh explore payment method yang lain seperti ShopeePay, Google Play Credit, bil telefon, dan lain-lain.
Tidak Mendapat E-mel Selepas Membuat Pembayaran?
Tidak Mendapat E-mel Selepas Membuat Pembayaran?
Sekiranya anda tidak dapat sebarang e-mel selepas buat pembayaran, ada kemungkinan pembayaran tidak berjaya.
Sila ikut langkah berikut
1. Semak online banking anda untuk pastikan akaun telah dicaj dengan pembayaran langganan Durioo+
2. Sekiranya bank anda tidak dicaj, anda boleh buat pembelian baru.
3. Sekiranya akaun telah dicaj, sila screenshot bukti pembayaran dan hantarkan ke [email protected] mengunakan e-mel langganan tersebut.
Ada kemungkinan juga bahawa anda secara tidak sengaja melakukan kesilapan semasa memasukkan email seperti kesalahan ejaan (Contohnya, .com menjadi .con).
Oleh itu, anda boleh hubungi kami sekiranya anda merasakan bahawa kesilapan seperti ini adalah punca masalah yang dihadapi dan pihak kami akan membantu anda memperbaikinya.
Saya Tidak Dapat Login Ke Durioo+ Selepas Pembelian Yang Berjaya?
Saya Tidak Dapat Login Ke Durioo+ Selepas Pembelian Yang Berjaya?
Sebelum anda boleh mula menonton Durioo+, anda perlu dapatkan OTP dari email yang didaftarkan untuk akaun anda. Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Buka aplikasi Durioo+ dan ikuti langkah yang ditetapkan
2. Masukkan e-mel yang anda gunakan semasa membuat pembelian.
3. Masukkan OTP yang anda akan terima di email yang mendaftar dengan akaun Durioo+ anda.
Cara Memulakan Pembelian Langganan Durioo+
Adakah Pilihan Pembayaran Selain Kad Debit/Kredit?
Adakah Pilihan Pembayaran Selain Kad Debit/Kredit?
Sistem kami yang terkini adalah bersifat recurring, di mana sistem auto-deduct akan dikenakan bagi pembayaran yang seterusnya.
Untuk langganan melalui website atau affiliate, kami memang hanya menawarkan kaedah pembayaran melalui kad debit atau kad kredit.
Namun sekiranya anda melanggan melalui app yang diinstall dari Play Store/App Store, anda boleh explore payment method yang lain seperti ShopeePay, Google Play Credit, bil telefon, dan lain-lain.
Saya Pengguna di Malaysia dan Ingin Melanggan Durioo+?
Saya Pengguna di Malaysia dan Ingin Melanggan Durioo+?
Untuk pengguna yang berada di Malaysia, anda dapat memulakan langganan melalui Apple App Store, Google Play Store ataupun pembelian melalui affiliate link.
Apple App Store atau Google Play Store.
Muat turun aplikasi Durioo+ melalui Apple App Store atau Google Play Store.
Cari aplikasi Durioo+ dengan menggunakan kata kunci 'Durioo+'
Muat turun aplikasi Durioo+ kepada peranti anda
Ikuti langkah yang tertulis pada skrin
Saya Pengguna di Luar Malaysia, Bagaimana Cara Saya Melanggan?
Saya Pengguna di Luar Malaysia, Bagaimana Cara Saya Melanggan?
Untuk pengguna yang berada di luar Malaysia, anda dapat memulakan langganan melalui Apple App Store atau Google Play Store ataupun melalui laman web Durioo+ sahaja.
Apple App Store atau Google Play Store.
Muat turun aplikasi Durioo+ melalui Apple App Store atau Google Play Store.
Cari aplikasi Durioo+ dengan menggunakan kata kunci 'Durioo+'
Muat turun aplikasi Durioo+ kepada peranti anda
Ikuti langkah yang tertulis pada skrin
Web Durioo+
Sila layari https://my.duriooplus.com/
Pilih pakej langganan dan masukkan kaedah pembayaran anda
Saya Sudah Melanggan Di Apple App Store/ Google Play Store, Bolehkah Saya Membeli Pakej Durioo+ Baru Melalui Link Affiliate?
Saya Sudah Melanggan Di Apple App Store/ Google Play Store, Bolehkah Saya Membeli Pakej Durioo+ Baru Melalui Link Affiliate?
Dicadangkan untuk anda membatalkan terlebih dahulu langganan yang sudah dibuat melalui store tersebut. Cara membuat pembatalan boleh rujuk maklumat selepas bahagian ini. Kemudian barulah anda boleh buat pembelian baru pada link affiliate.
Berkenaan Cara Membatalkan Langganan
Cara Membatalkan Langganan Yang Dibuat Melalui Apple App Store/ Google Play Store
Cara Membatalkan Langganan Yang Dibuat Melalui Apple App Store/ Google Play Store
Tekan pautan dibawah untuk cara membatalkan langganan yang dibuat melalui Apple Store/ Google Play Store
Google Play: https://support.google.com/googleplay/answer/7018481
Apple App Store: https://support.apple.com/en-us/HT202039#iOS
Cara Membatalkan Langganan Yang Dibuat Melalui Laman Sesawang (Website)/Affiliate
Cara Membatalkan Langganan Yang Dibuat Melalui Laman Sesawang (Website)/Affiliate
Sekiranya anda melanggan melalui laman sesawang (website) ataupun affiliate, dan bukan melalui aplikasi Durioo+ yang dipasang melalui Apple Store / Google Play Store, anda boleh ikut langkah-langkah ini:
1) Log masuk duriooplus.com/star
2) Sahkan akaun dan masukkan nombor OTP (sekiranya anda baru pertama kali log masuk)
3) Tekan "Akaun"
4) Tekan "Saya nak Batalkan Langganan Durioo+" dan kongsikan maklum balas (feedback) dari anda.
Berkenaan Permohonan Pembatalan Langganan Melalui Website
Berkenaan Permohonan Pembatalan Langganan Melalui Website
Permohonan pembatalan (request cancellation) bagi langganan melalui website perlulah dibuat selewat-lewatnya 48 jam sebelum caj seterusnya dikenakan.
Selepas Pembatalan Langganan Dibuat, Masih Dapat Menonton Durioo+ Ke?
Selepas Pembatalan Langganan Dibuat, Masih Dapat Menonton Durioo+ Ke?
Selepas pembatalan langganan dilakukan bagi mana-mana jenis langganan, anda masih boleh mengakses Durioo+ sehingga tarikh akhir langganan tersebut.
Langganan akan kekal aktif mengikut tempoh pakej yang dibeli (1/3/6/12 bulan) sama ada digunakan atau tidak.
Berkenaan Fungsi Durioo+
Durioo+ Boleh Autoplay Ke?
Durioo+ Boleh Autoplay Ke?
Ya, Durioo+ boleh Autoplay. Selepas tamat sesebuah video, video yang seterusnya akan dimainkan secara automatik.
Bolehkah Durioo+ Digunakan Pada Lebih Dari Satu Peranti?
Bolehkah Durioo+ Digunakan Pada Lebih Dari Satu Peranti?
Ya, Durioo+ boleh digunakan pada 3 peranti berlainan secara serentak.
Anda hanya perlu login dengan menggunakan e-mel dan masukkan OTP dari email yang didaftarkan.
Sekiranya anda ingin menonton pada peranti yang keempat, anda perlu log keluar (log out) terlebih dahulu pada peranti yang sebelumnya.
Bolehkah Durioo+ Ditonton di 'Car Player'?
Bolehkah Durioo+ Ditonton di 'Car Player'?
Tidak, Durioo+ tidak dapat dimainkan pada 'car player'.
Kami memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dari pihak kami. Sekiranya anda ada masalah lain, boleh terus hubungi wakil customer service kami di WhatsApp: https://wa.me/60102149494 (Waktu bekerja: Isnin - Jumaat, 9 pagi - 5 petang).
Terima kasih kerana menyokong Durioo+ sebagai pelanggan, semoga Allah memberkati dan merahmati semua usaha kita, in shaa Allah 😊🤲🏼